top of page

Dr Zaliha gesa masyarakat bantu golongan OKU

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 12, 2023
  • 1 min read



Selari cita-cita Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangun negara dengan konsep Malaysia Madani, setiap organisasi dan masyarakat digesa membantu golongan Orang Kurang Upaya menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Gesaan itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas majlis perasmian Pameran Antarabangsa Pemerkasaan Ekonomi untuk Orang Autisme (ISEEPA 2023), di Putrajaya.


"Kita pun ada saranan dari kerajaan yang 1% daripada kakitangan haruslah terdiri daripada orang-orang OKU, Autisme juga termasuk dalam golongan ini.


"Mereka ini ada potensi yang kita boleh garap dan akhirnya menjadikan mereka sebahagian dari komuniti yang memberi sumbangan kepada masyarakat," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Sekijang itu lagi, langkah berkenaan dapat mengelak ketidakupayaan fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang boleh menghadkan penglibatan golongan itu secara efektif dalam komuniti.


Sementara itu tambah Dr Zaliha, penganjuran ISEEPA 2023 dilihat menjadi medan untuk memperkasakan OKU khususnya Autisme bagi membantu mereka memperoleh peluang pekerjaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page