top of page

Dr Zaliha fokus tangani kemiskinan bandar, kebajikan penjaja



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, Dr Zaliha Mustafa telah mengenal pasti isu-isu yang perlu diberi keutamaan dalam kementeriannya


Ditemui di Menara Seri Wilayah di Putrajaya sebelum menghadiri taklimat dengan warga jabatan itu pada Jumaat, beliau bertekad untuk menjayakan misi dan visi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Antara yang akan diberi perhatian adalah usaha menangani kemiskinan bandar, miskin tegar dan isu peniaga kecil.


"Fokus saya adalah untuk membawa misi dan visi yang sebelum ini yang dibawa Perdana Menteri. Tentunya hal-hal berkaitan kemiskinan bandar, miskin tegar ini merupakan perkara yang penting.


"Walaupun jumlah (miskin bandar) tak ramai tapi ia tetap penting untuk ditangani," jelasnya.

Tambah Dr Zaliha, masalah penjaja dan peniaga kecil sering menjadi perhatian Perdana Menteri yang berulang kali menyatakan bahawa pembangunan bandar tidak boleh meminggirkan golongan berkenaan termasuk penyediaan kemudahan yang bersih serta selesa turut akan menjadi keutamaan.


"Yang lain tentunya berkaitan isu seperti masalah perkampungan iaitu Kampung Baru," tambahnya.


Selain itu jelas beliau, kementerian akan membuat persediaan kepada program Tahun Melawat Malaysia pada 2026 serta sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Persekutuan pada tahun hadapan.


Dari sudut ekonomi pula, katanya pembangunan di Labuan menjadi fokus memandangkan lawatan Anwar ke pulau bebas cukai itu pada 7 Dis lepas menyatakan pulau berkenaan perlu dimajukan sebagai hab ekonomi dan pelancongan.


"Ini merupakan satu cabaran baru bagi saya tapi saya akan galas tanggungjawab ini.


"Saya yakin dengan kerja berpasukan daripada jabatan dan InshaAllah kita akan maju ke depan dan memastikan Wilayah Persekutuan wilayah yang maju dan sentosa dan boleh kita tingkatkan dari sudut ekonomi dan sebagainya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page