top of page

Dr Zaliha arah DBKL selesaikan segera naik taraf Jalan Melayu



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja naik taraf Jalan Melayu di ibu negara selesai sebelum Ramadan tahun ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menerusi satu hantaran di laman sosialnya berkata, beliau sendiri berkesempatan meninjau kemajuan naik taraf projek berkenaan yang sedang giat dijalankan.


"Saya sempat memantau persediaan Kepengerusian ASEAN serta meninjau juga progres naik taraf Jalan Melayu susulan lawatan turun padang Perdana Menteri.


"Saya minta DBKL untuk memastikan perubahan kepada Jalan Melayu ini selesai sebelum menjelang Ramadan," katanya selepas menyempurnakan pelepasan program Bersih-KAL dan Kempen Sifar Sisa di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pada Ahad.

Proses naik taraf Jalan Melayu di tengah Kuala Lumpur dilaksana susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.


Anwar ketika lawatannya berkata, deretan kedai dan gerai termasuk yang telah bertapak sekian lama di kawasan berkenaan adalah kawasan tarikan utama pelancong di ibu kota yang perlu diambil perhatian.


Berikutan itu DBKL memaklumkan apabila selesai kelak, kawasan gerai penjaja di sekitar Jalan Melayu dan Jalan Masjid India akan tampil dengan wajah baharu yang lebih menarik, bersih dan teratur.

Terdahulu, Dr Zaliha dalam ucapannya berkata, Kuala Lumpur patut menjadi contoh dalam pelbagai perkara termasuk keseimbangan dan kemampanan tamadun sesebuah bandar.


Justeru, katanya, beliau selalu menekankan kepentingan kebersihan sebagai aspek utama selaras dengan visi Bandar CHASE (Bersih, Sihat, Maju, Selamat dan Mesra Alam).

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page