top of page

Dr Zaliha arah DBKL buka semula Padang Merbok untuk kegunaan awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Dr Zaliha menunjuk kawasan padang yang seharusnya menjadi tempat riadah warga kota
Dr Zaliha menunjuk kawasan padang yang seharusnya menjadi tempat riadah warga kota

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka pintu pagar Padang Merbok yang terletak berhampiran bangunan Parlimen dan Tugu Negara bagi membolehkan orang ramai memanfaatkannya sebagai ruang rekreasi.


Menurut beliau, selaras visi Bandar CHASE yang mengangkat konsep Healthy City (bandar sihat) Padang Merbok yang menyimpan pelbagai nilai sejarah itu wajar digunakan untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan komuniti.


"Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan menutup Padang Merbok. Padang ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri dan ia wajar dimanfaatkan dengan aktiviti riadah rakyat," katanya dalam kenyataan di laman Facebook selepas mengadakan tinjauan ke tapak tersebut.


Sebagai rekod, Padang Merbok di lokasi berhampiran bangunan Parlimen pernah dijadikan tapak untuk beberapa himpunan aman anjuran Pakatan Harapan sejak 2013 lalu. Pada Ogos 2022 di bawah pemerintahan Perikatan Nasional padang itu telah dipagar keseluruhannya.


Didakwa pemasangan pagar tersebut berkemungkinan mengelakkan padang Merbok digunakan untuk perhimpunan aman membantah dasar dasar kerajaan semasa.


Beberapa Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada waktu itu membantah pemasangan pagar dan menolak alasan bahawa pemasangan tersebut bagi tujuan menaiktaraf padang memandangkan pemasangan pagar jenis itu bukan bersifat sementara.


Dalam pada itu, Dr Zaliha memberitahu selain mengarahkan supaya kawasan tersebut dapat digunakan semula, beliau turut mahu DBKL menambah baik prasarana asas di sekitar kawasan berkenaan termasuk pencahayaan, tandas awam dan kemudahan mesra pengunjung.


Beliau turut mencadangkan agar sebuah kafe diwujudkan sebagai tarikan baharu di samping menganjurkan program bersesuaian bagi menghidupkan kembali suasana Padang Merbok.


"Langkah ini penting supaya kawasan ini terus dimanfaatkan rakyat secara tersusun dan berkesan. DBKL diminta meneliti semua perkara ini dan membentangkannya semula kepada saya dalam masa terdekat," ujarnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page