top of page

Dr Zaliha agih sumbangan baucar barangan sekolah kepada 250 murid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 10
  • 1 min read
DS Zaliha bersama 250 murid sekolah rendah daripada keluarga B40
DS Zaliha bersama 250 murid sekolah rendah daripada keluarga B40

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sekijang menaja sumbangan baucar barangan sekolah kepada 250 murid sekolah rendah daripada keluarga B40 sekitar kawasan parlimen itu.


Datuk Seri Dr Zaliha Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, pemberian baucar bernilai RM100 seorang itu merupakan antara usaha pihaknya untuk memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria dan lengkap sekaligus meringankan beban ibu bapa.


Ia sekaligus mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan KEADILAN dalam membela kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.


"Ada yang memanfaat pemberian baucar itu untuk membeli keperluan asas sekolah antaranya pakaian seragam, baju kokurikulum, kasut, beg sekolah serta peralatan menulis.


"Apabila anak-anak gembira, ibu bapa turut gembira. Sudah tentu sebagai Ahli Parlimen, saya juga gembira kerana dapat membantu dan menggembirakan anak-anak Sekijang untuk kembali ke sekolah," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Menerusi hantaran sama Dr Zaliha menegaskan, bahawa pendidikan anak-anak perlu menjadi keutamaan semua pihak, termasuk keluarga dan kerajaan.


Beliau turut menekankan pendiriannya bahawa tiada seorang pun anak-anak perlu tercicir daripada pendidikan hanya kerana kekangan kewangan ibu bapa.


"Saya mendengar dan memahami keluh kesah mereka, dan insya-Allah kita akan terus membantu semampu yang boleh," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page