Kesusahan Makcik Mastura (gambar, kanan) yang bumbung rumahnya reput dan runtuh disiarkan Suara Keadilan serta pelbagai media sosial lain sejak minggu lalu mendapat perhatian pimpinan KEADILAN.
Kelmarin, Ibu Reformasi Datuk Seri Dr Wan Azizah menziarahi proses baikpulih rumah Makcik Mastura.
Pada hari yang sama juga KEADILAN Wangsa Maju mengadakan gotong-royong membersihkan rumah yang juga turut membantu kontraktor dalam proses menyediakan kerangka bumbung.
Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan, pihak beliau menyediakan kos membeli peralatan membina bumbung sementara seorang kontraktor bermurah hati melakukan kerja-kerja tanpa dikenakan bayaran.
"Saya sponsor (kos binaan). Kita dapat seorang kontraktor yang sudi bina bumbung ini dengan percuma. Pekerja dibayar oleh kontraktor. Saya cuma membayar bahan-bahan sahaja. Kos barang RM6,600," katanya kepada Suara Keadilan.
Bagi Makcik Mastura, 67 pula, beliau merasa terharu apabila rakan-rakan seperjuangan dan pimpinan KEADILAN sejak 1998 lalu melawat dan membantu beliau membaikki rumahnya.
"Saya tingal di sini dengan anak lelaki, anak perempuan di tempat lain.
"Rumah ini (dibina) atas tanah arwah ayah," katanya.
Turut serta dalam lawatan ialah Naib Presiden KEADILAN Tian Chua, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai dan aktivis KEADILAN serta aktivis Otai Refomis 98.
Comments