top of page

Dr Wan Azizah ucap Selamat Hari Raya, berhati-hati di jalan raya



Rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.


Nasihat itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas menyampaikan duit raya dan cenderahati serta mengucapkan selamat jalan kepada penumpang bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan semalam.


"Ungkapan berhati-hati di jalan raya jangan hanya slogan sahaja tetapi diamalkan.


"Saya ingin mengucapkan kepada semua Selamat Hari Raya. Balik kampung elok-elok," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.


Statistik dalam laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2021 menunjukkan kemalangan jalan raya merupakan sebab kedua tertinggi bagi kematian dalam kalangan mereka yang berusia 15 hingga 40 tahun melibatkan 1,741 kes.


Manakala bagi kumpulan berusia 0 hingga 14 tahun ia punca kematian paling tinggi diikuti pelbagai penyakit lain dan mati lemas.


Sementara itu Dr Wan Azizah berkata, berdasarkan taklimat, terdapat 25,000 penumpang yang keluar dan masuk di Terminal Bersepadu Selatan setakat Rabu.

Jumlah itu menurutnya menunjukkan peningkatan pengguna pengangkutan awam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page