top of page

Dr Wan Azizah tinjau persiapan Program Pasangan Ketua-Ketua Negara ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

DS Dr Wan Azizah meninjau persiapan rapi Program Pasangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN
DS Dr Wan Azizah meninjau persiapan rapi Program Pasangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ahad meninjau persiapan akhir Program Pasangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Ketibaan Dr Wan Azizah ke Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri yang kemudian bersama-sama meninjau perjalanan persiapan program dan protokol bagi menyambut tetamu.


Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang berlangsung di Kuala Lumpur, menghimpunkan ketua-ketua negara dan kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu serantau termasuk ekonomi, keselamatan dan hubungan luar ASEAN.


Carcosa Seri Negara yang dibina pada 1896 dan pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 itu dipilih sebagai lokasi acara istimewa bagi meraikan pasangan pemimpin utama dalam suasana santai yang menampilkan elemen warisan Malaysia.hingga 28 Oktober.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page