top of page

Dr Wan Azizah terima anugerah tertinggi bidang pendidikan perubatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 15
  • 1 min read
Dr Wan Azizah menerima anugerah Tokoh Pendidikan (Eminent Educator Award) College Of Physicians Malaysia
Dr Wan Azizah menerima anugerah Tokoh Pendidikan (Eminent Educator Award) College Of Physicians Malaysia

Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Sabtu menerima anugerah Tokoh Pendidikan (Eminent Educator Award) College Of Physicians Malaysia.


Penyampaian anugerah disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam satu majlis penuh istiadat sempena “Inaugural of Membership of the Royal College of Physicians (MRCP) and Parallel Pathway Conferment” yang berlangsung di Putrajaya.


Presiden College of Physicians Malaysia, Datuk Seri Dr Paras Doshi dalam ucapannya berkata, pengiktirafan diberikan atas sumbangan luar biasa Dr Wan Azizah dalam pendidikan bagi latihan kepakaran perubatan melalui program Parallel Pathway, yang kini menjadi inisiatif penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar perubatan bertauliah di negara ini.


"Kami amat berbesar hati untuk memberikan Anugerah Tokoh Pendidikan kepada Dr Wan Azizah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang dan sokongan beliau, yang telah menjadi tonggak kejayaan dan kelangsungan program parallel pathway di Malaysia," katanya dipetik.


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.


Dr Wan Azizah merupakan Bekas Timbalan Perdana Menteri merupakan pemegang Ijazah Doktor Perubatan dari Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) dan menamatkan latihan pascasiswazah dalam bidang Oftalmologi di Royal College of Ophthalmologists, United Kingdom.


Untuk rekod, program parallel pathway merupakan laluan alternatif untuk pegawai perubatan memperoleh kelayakan pakar menerusi kerjasama dengan badan profesional antarabangsa, tanpa mengikuti program universiti tempatan sepenuhnya.

Usaha itu dilaksana bagi menangani masalah isu kekurangan pakar kesihatan yang serius di negara ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page