top of page

Dr Wan Azizah seru Puspanita tingkat jalinan kerjasama



Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) diseru untuk bersikap lebih proaktif menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak.


Penaung Puspanita, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, langkah itu bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat benar-benar mencapai tujuannya.


"Saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan supaya setiap ahli Puspanita memahami dan menghayati serta melaksanakan aspirasi negara, Membangun Malaysia Madani yang dijajarkan Kerajaan Perpaduan kini.


"Sepertimana digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI, pembangunan fizikal harus diseimbangkan dengan pembangunan insan dan setiap sumber yang digunakan mesti mendatangkan pulangan berbaloi dan bermanfaat kepada kumpulan sasar.


"Setiap teras Malaysia Madani membawa seribu satu nilai positif yang diperlukan untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik dengan kerjasama semua pihak di setiap peringkat," katanya dipetik ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita ke-42 di Putrajaya pada Rabu.


Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan Anugerah Khas Kecemerlangan Puspanita kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan melancarkan Buletin Puspanita Mendepani Cabaran edisi kelapan.


Sementara itu jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, setakat ini Puspanita berjaya melaksanakan 1,443 program dan aktiviti di peringkat kebangsaan dan cawangan di seluruh negara termasuk aktiviti turun padang dan pembinaan masyarakat pada tahun lepas.


Beliau sementara itu memuji kemampuan Puspanita membangunkan pelbagai sistem untuk kegunaan dalaman yang membuktikan ia pertubuhan berdaya saing dan sentiasa berusaha melakukan pelbagai penambahbaikan.


"Puspanita juga perlu memanfaatkan kemajuan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) serta memainkan peranan lebih signifikan dalam segenap aspek pembangunan negara," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page