top of page

Dr Wan Azizah seru jaga kemudahan awam, elak vandalisme



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan komited untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat miskin bandar termasuk memberi peluang kepada mereka untuk menikmati kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa akan terus dipergiat.


Namun, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata selain menyediakan infrastruktur yang baik, penerapan sikap bagi memastikan kemudahan awam dijaga juga perlu diterapkan.


"Baru-baru ini saya baru lepas pulang dari Jepun, apa yang saya hendak kongsikan ialah pentingnya untuk kita sebab Tokyo ini bersih


"Walaupun ia kategori sebagai negara menua tetapi persekitaran mereka masih terjaga, jadi saya (ingatkan) jangan kembali ke tahap yang lama," katanya ketika merasmikan Program Serahan Kunci Rumah Kasih Harapan, di Flat Seri Johor, Bandar Tun Razak, hari ini.


Untuk rekod, program yang dianjurkan kali ketiga itu antara lain bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik menerima bantuan baik pulih rumah.


Justeru, Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri mengingatkan masyarakat bandar untuk mewujudkan semula konsep kampung bagi menjalinkan jalinan yang lebih erat di antara jiran.


Hal itu katanya, Konsep Kampung tersebut bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang lebih erat diantara jiran bahkan juga boleh menyediakan persekitan yang bersih dan aman buat masyarakat sekitar.


"Konsep kampung mesti dibangunkan kerana perkara itu bukan sahaja boleh erat hubungan sesama masyarakat tetapi boleh wujudkan semula hubungan kekeluargaan yang baik dan harmoni.


"Oleh itu, jika perkara tersebut berjaya diwujudkan (ia) boleh menghentikan budaya vandalisme dan kemudahan yang ada dapat dipelihara dengan baik," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page