top of page

Dr Wan Azizah puji usaha tingkat pendidikan di Bandar Tun Razak



Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memuji usaha berterusan pelbagai pihak bersama kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan bagi anak anak di Bandar Tun Razak.


Beliau yang hadir dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Bandar Tun Razak Anjuran Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak semalam melahirkan rasa sukacitanya di atas program pendidikan dan bantuan yang diberikan oleh pihak pihak yang mempunyai kewangan di kawasan itu.


"Anak anak adalah harapan kita masa depan.


"Kehadiran hari ini mencerminkan komitmen (kita terhadap pendidikan). Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan dan juga kecemerlangan pendidikan anak anak yang belajar. Kita mahu anak anak cemerlang, sekolah cemerlang. Mana mana pun sekolah di Bandar Tun Razak ini cemerlang.


"Juga tidak dapat dinafikan bagi kita melaksanakan sistem pendidikan yang efisien ini, aspek sumber kewangan (memainkan peranan) amat penting," katanya.


Beliau turut menyatakan rasa bangga kepada pihak yang terlibat menjayakan majlis itu dan Pengarah Pendidikan Wilayah yang memberikan kerjasama penuh kepada pendidikan di kawasan berkenaan.


Majlis tersebut dianjurkan oleh Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page