top of page

Dr Wan Azizah lancar Buku Sejarah Reformasi



Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diseru untuk kekal bersatu meneruskan perjuangan yang dibina sejak 25 tahun lalu.


Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan sikap pecah-belah antara ahli boleh merosakkan parti yang ditubuhkan berdasarkan semangat reformasi itu.


"Kita (dulu) sama-sama susah, jadi saya mahu semua teruskan (teruskan perjuangan) sebab apa yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan kita yang terdahulu. Jangan pecah-belah kerana ia hanya akan meretakkan parti.


"Antara yang retak itu pula akan pecah dan yang pecah akan pecah lagi. Jadi mari kita sama-sama bina lagi parti ini. Jangan biarkan perjuangan ini mati," kata mantan Timbalan Perdana Menteri itu dipetik dalam ucapan di Majlis Sambutan 25 Tahun Keadilan Negeri Pulau Pinang di Butterworth pada Sabtu.


Pada majlis itu beliau turut melancarkan Buku Sejarah Reformasi yang mengisahkan perjuangan KEADILAN sejak penubuhan parti pada 1999.


KEADILAN akan meraikan sambutan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada 11 Mei ini.


Sambutan itu akan diserikan dengan karnival yang disasar menarik pembabitan 10,000 pengunjung dan antara lain akan menyajikan pameran, wacana forum serta pelbagai pengisian menarik yang berkaitan dengan sejarah penubuhan parti.


Selain itu satu majlis kesyukuran turut dirancang sebagai acara sambutan, di samping majlis makan malam bagi meraikan pengorbanan dan sumbangan anggota.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page