top of page

Dr Wan Azizah gesa ambil manfaat program ditawar PEDi



Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa masyarakat terutamanya usahawan dan golongan muda merebut peluang keemasan mengikuti latihan dan program yang ditawarkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara.


Ketika menghadiri Hari Bersama Komuniti (HBK) di PEDi Perumahan Awam Seri Sabah 3A di Bandar Tun Razak pada Sabtu, beliau berkata latihan ditawarkan PEDi membolehkan golongan sasar mendalami bidang ekonomi digital serta menggunakannya sebagai platform untuk memajukan diri dan sosioekonomi setempat.


"Besar harapan saya supaya kewujudan PEDi menjadi pemangkin kepada kepesatan transformasi pendigitalan dan menjadikan penggunaan teknologi digital sebagai satu budaya dalam kalangan komuniti di seluruh negara dan di Parlimen Bandar Tun Razak sendiri.


"Saya ingin gesa masyarakat setempat terutama golongan muda yang akhirnya memilih ekonomi gig, bawa Grab dan Food Panda, kita mahukan mereka usaha lebih daripada itu.


"Kita mahu golongan muda yang membentuk 30 peratus daripada keseluruhan penduduk Bandar Tun Razak ini rebut peluang keemasan ikuti program PEDi," katanya dipetik.


Untuk rekod, sebanyak 911 PEDi telah diwujudkan di seluruh negara dengan 21 berada di Kuala Lumpur.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan berkata, setakat ini lebih 7,123 penyertaan latihan direkodkan yang berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan sasar dan memperkasakan komuniti ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.


Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak tersebut menyifatkan inisiatif PEDi adalah bukti komitmen dan cerminan keseriusan kerajaan untuk memupuk gaya hidup digital dalam kalangan masyarakat seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan taraf hidup rakyat dapat terus dipertingkat dan seterusnya mengukuhkan kedudukan ekonomi digital negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page