top of page

Dr Wan Azizah ceriakan peserta Perkhemahan Alam PPIM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Wan Azizah (tengah) bersama 395 peserta Perkhemahan Alam 2026 Peringkat Kebangsaan. Foto: RTM
DS Wan Azizah (tengah) bersama 395 peserta Perkhemahan Alam 2026 Peringkat Kebangsaan. Foto: RTM

Planetarium Negara ceria dengan kehadiran Yang Dipertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Sabtu.


Isteri Perdana Menteri itu meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan 395 peserta Perkhemahan Alam 2026 Peringkat Kebangsaan sebelum merasmikan majlis penutup perkhemahan dwi tahunan tersebut.


Dalam program yang berlangsung selama tiga hari sejak Khamis lalu, hampir 400 peserta peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah dikumpulkan dari seluruh Malaysia.


Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti membina khemah dan ikatan, eksplorasi terhadap bidang sains, teknologi dan astronomi menerusi lawatan ke Galeri Pameran Planetarium Negara serta tayangan khas di Teater Angkasa.


Setiausaha Kehormat PPIM, Aizar Mohd Jaman berkata, program tahun ini dirangka dengan pendekatan lebih menyeluruh menerusi gabungan elemen alam sekitar dan penghayatan Al-Quran


Ia bertujuan membantu murid membina jati diri berteraskan nilai Islam melalui penghayatan ayat-ayat Al-Quran yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


"Pendekatan itu bertujuan melahirkan generasi muda yang mampu menyebarkan nilai murni kepada rakan-rakan di sekolah, keluarga serta masyarakat," katanya seperti dilapor media.


Hadir sama pada acara tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ruziah Shafei serta Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page