top of page

Dr Taufiq teruja pencapaian kontigen negara raih 200 pingat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Keringat, pengorbanan dan semangat juang yang tidak pernah luntur dipamerkan atlet negara akhirnya menghasilkan kejayaan apabila kontinjen Malaysia berjaya meraih sasaran 200 pingat pada temasya Sukan SEA di Thailand, sekali gus menerima pengiktirafan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.


"Syabas dan tahniah kepada semua wira dan wirawati kita yang telah bertungkus lumus berjuang di Thailand dalam Sukan SEA 2025.


"Alhamdulillah hari ini (semalam) kita telah mencapai sasaran pingat ke 200 dan itulah sasaran yang telah ditetapkan oleh kita," katanya dalam satu video yang dimuat naik di platform media sosial beliau ketika dalam perjalanan berangkat ke negara Gajah Putih itu bagi menyaksikan upacara penutup Sukan SEA.

Dr Taufiq dalam perjalanan ke Thailand
Dr Taufiq dalam perjalanan ke Thailand

Dalam video sama, Dr Mohammed Taufiq turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan dan mantan Timbalan Menteri, Adam Adli Abdul Halim atas pencapaian yang cukup menakjubkan itu.


"Sekali lagi saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua dan sekarang ini saya sedang dalam perjalanan untuk berangkat ke Thailand untuk menyaksikan Sukan SEA dan juga acara penutupan pada esok (Sabtu).


"Sekali lagi, syabas dan tahniah semua. Kita semua team MAS!," katanya lagi.


Kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 200 pingat pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 dengan mengumpul 204 pingat keseluruhan setakat hari kesembilan.


Daripada jumlah itu, Malaysia meraih 46 pingat emas, 49 perak, dan 109 gangsa, menduduki tempat kelima dalam carta pungutan pingat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page