Dr Siddiq Fadzil: Sarjana Melayu-Islam dengan jati diri teguh



Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan almarhum sahabatnya Datuk Dr Siddiq Fadzil sebagai sarjana Melayu Islam Malaysia yang mempunyai jati diri kukuh dan perlu dicontohi oleh para cendekiawan selepasnya.


Anwar berkata demikian dalam ucapan pada majlis wacana pemikian Dr Siddiq dan pelancaran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (Unisel), pagi tadi.


"Keunikan Siddiq ialah mengingatkan kepada sarjana sekarang, jati diri itu harus kukuh kepada Melayu dan Islam. Dan ini yang beliau lakukan sepanjang dekat 20 tahun terakhir ini, yang cukup utuh mengupas banyak masalah


"Berbeza dengan pemikir besar, Siddiq mampu mengupas isu bahasa, budaya, pendidikan, ekonomi, selain daripada dakwah iaitu hal yang banyak ditekuni beliau sepanjang hayat.


"Beliua juga pengkritik, walau dengan bahasa lunak dan sindiran kadang kala memedihkan. Satu tragedi bagi bangsa kalau tidak memanfaatkan sumbangan beliau selama ini. Buku beliau, "Melayu dan Islam" itu berulang kali dicetak dan saya wajibkan sebagai buku teks kepada semua pemimpin KEADILAN," katanya.


Justeru, Anwar berharap institut pemikiran yang ditubuhkan tersebut dapat menjana pemikiran generasi baharu ke arah idea dan semangat intelektualisme Siddiq dalam perjuangan akademiknya.


"Melalui institut ini, mempastikan bahawa anak muda membaca, menelaah dan menghadam, kerana saya tidak dapat, walau membaca banyak karya politik, ekonomi, tetapi untuk mengadunkan semua idea ini sebagai pola pemikiran, hanya berlaku dalam karya Siddiq Fadzil.


"Sepertimana beliau sebut, beliau sedikit kecewa kerana belum kesampaian.... (kesempurnaan intelek rakyat) mengenai kecamuk soal, bahasa, Melayu dan sebagainya," katanya.


Di samping itu, Anwar mengungkapkan perjuangan Siddiq dalam membela pelajar Melayu Islam untuk ke universiti, juga ketaksuban cendekiawan Melayu terhadap bahasa Inggeris pada era 1960an yang disederhanakan lewat perjuangan Siddiq.


Termasuk dalam pemikiran Islam dan dakwah yang amat digemari Siddiq dalam penulisan pelbagai buku yang dihasilkan, mengupas dunia keilmuan Islam berlatar belakang sosio budaya Melayu Malaysia.


Anwar juga tidak lupa memuji integriti Siddiq yang sepanjang 50 tahun bersahabat tidak pernah sekali pun meminta apa apa pertolongan lewat posisi beliau dalam politik.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER