Dr Shahruddin letak jawatan Timbalan Menteri, kerajaan PN hilang majoriti?




Kerajaan Perikatan Nasional semakin goyah apabila Datuk Seri Dr Shahruddin Md Salleh hari ini meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.


Dalam kenyataan medianya, Ahli Parlimen Sri Gading itu berkata, beliau telah melakukan ijtihad politik yang salah sebelum ini apabila menyertai PN dan mengenepikan mandat pengundi memilih Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.


"Hari ini Khamis 4 Jun 2020, dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan.


"Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu menyertai kerajaan Perikatan Nasional. Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading (P149) telah memilih Pakatan Harapan dalam PRU14


"Sebagai langkah awal saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri dari kerajaan PN," katanya.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat dari Parti Rakyat Sarawak menafikan beliau menyokong kerajaan PN menyebabkan jumlah sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin menurun kepada 112 daripada 222 kerusi.


Sekiranya Dr Shahruddin mengisytihar sokongan kepada PH dalam masa terdekat maka kedudukan kerajaan PN tinggal 111 kerusi, manakala PH 111 kerusi. Buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia kerajaan tergantung tanpa memiliki majoriti.



PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio