Dr Shahruddin berani pertahan prinsip - Shamsul Iskandar




Perletakan jawatan Datuk Seri Dr Shahruddin Md Salleh mendapat pujian penyokong Pakatan Harapan (PH) kerana dianggap mendahulukan mandat yang diberi pengundi di Parlimen Sri Gading yang diwakilinya, berbanding jawatan di Kementerian Kerja Raya.


Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap mendahulukan prinsip Dr Shahruddin merupakan langkah berani yang wajar dicontohi oleh Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang lain.


"Sebagai rakan yang pernah bersama-sama memegang jawatan timbalan menteri dahulu, saya mengalu-alukan keputusan berani dan tepat Datuk Dr Shahruddin yang sanggup mengenepikan jawatan demi parti dan prinsip," kata Ketua Penerangan KEADILAN itu dalam satu pesanan ringkas.


Sebelum ini, Dr Shahruddin dispekulasikan akan meletak jawatan dan mengalih sokongannya kepada Tun Mahathir selepas surat luahan hati beliau yang mempersoalkan sama ada masa hadapan Bersatu lebih baik bersama PH atau PN.


Beliau membayangkan akan menyokong gabungan yang lebih diyakini memberi kelebihan kepadanya bertanding di Parlimen Sri Gading dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Dr Shahruddin dilantik menganggotai kabinet oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat Timbalan Menteri Kerja Raya pada Mac lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER