Dr Sathia utamakan gerak kerja beri khidmat terbaik kepada masyarakat
- Suara Keadilan

- May 22
- 1 min read

Ketua KEADILAN Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan dilihat sebagai antara pemimpin akar umbi yang membawa suara rakyat dengan konsisten.
Kemenangan beliau dalam Pemilihan 2025 peringkat Cabang sebelum ini dengan majoriti 3,016 undi bukanlah angka kecil, sebaliknya memberi isyarat jelas bahawa rakyat memberi mandat kepada seorang pemimpin yang bekerja dan bukannya sekadar menabur janji.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN dilihat sebagai antara pemimpin yang tidak menjadikan 'kata-kata' sebagai alat memujuk, tetapi memilih membuktikan kesetiaan perjuangan menerusi gerak kerja yang berterusan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Beliau yang kali ini akan bertanding sebagai calon Naib Presiden melihat bahawa perjuangan bukan untuk individu, sebaliknya 'dari rakyat untuk rakyat'.
Dr Sathia berharap akan diberi mandat oleh perwakilan untuk membawa suara akar umbi ke pentas utama parti.









Comments