top of page

Dr Sangkar Rasam Pengerusi MPN Sabah - Anwar



KEADILAN Negeri Sabah dijangka lebih bertenaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan pelantikan muka baharu sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).


Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Ketua ketua Cabang di Sabah sebulat suara melantik Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai pengerusi baharu.

Dr Sangkar Rasam

"Saya mengadakan sesi rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Sabah hari ini bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN.


"Kesemua Ketua Cabang di Sabah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah bagi penggal 2022-2025," ujar Anwar.


Dr Sangkar, katanya, akan menjalankan tugas dengan barisan kepimpinan KEADILAN Sabah untuk membentuk pasukan yang mantap dan mengukuhkan kesatuan di peringkat Cabang serta Ranting.


"Datuk Dr Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden KEADILAN, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew.


"Semoga gandingan mantap ini dapat memastikan KEADILAN Sabah lebih utuh menjelang PRU-15," katanya lagi.


Untuk rekod, Dr Sangkar juga merupakan Pengerusi Otai Reformis 1998 Negeri Sabah dan aktif dalam menggerakkan reformasi di Malaysia Timur.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page