top of page

'Dr Samsuri berimej sederhana, boleh redakan suhu politik negara'



Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman Sabtu lalu dapat meredakan kehangatan suhu politik negara susulan penampilannya yang lebih sederhana.


Perdana Menteri berkata, imej yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Terengganu itu berbeza dengan pemimpin Pas lain yang dilihat lebih ekstrem.


"Dari segi negara, dia memberikan sekurang-kurangnya sedikit kelegaan kerana imej (Samsuri) yang sederhana... Mudah-mudahan dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas," kata beliau dilapor Bernama selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 (HPTN 2023) di Putrajaya hari ini.


Pas mengekalkan penguasaan di seluruh lapan kerusi Parlimen di Terengganu apabila berjaya mendapatkan kembali Kemaman melalui kemenangan Ahmad Samsuri pada PRK itu Sabtu lepas.


PRK itu diadakan ekoran keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan penyandang Che Alias Hamid yang juga daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15.


Sementara itu, Anwar tidak bersetuju dengan pandangan bahawa UMNO masih jauh untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu ekoran kemenangan besar Pas dalam PRK Kemaman.


Namun beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dalam mesyuarat PH bersama UMNO semalam apabila parti itu akan menggerakkan jentera ke peringkat akar umbi.


"Kalau kita tengok peratusan undi ada sedikit susut dari Pas dan nampak UMNO belum keluar...mungkin kita patut ada penjelasan.


"Semalam saya ada mesyuarat antara PH dan pimpinan UMNO dan saya puas hati kerana nampak mereka akan kerah jentera ke akar umbi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page