top of page

Dr Rais Hussin sertai KEADILAN

Updated: Oct 14, 2022



KEADILAN mengumumkan bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai anggota baharu hari ini.


Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.


Menurut Anwar, penyertaan Dr Rais merupakan sebahagian daripada momentum dalam kalangan pegawai kerajaan, ahli akademik dan aktivis masyarakat menyertai KEADILAN kebelakangan ini.


"Hari ini saya ambil kesempatan mengalu alukan kehadiran Datuk Dr Hussin Mohd Ariff


"Lebih terkenal dengan Dr Rais Husin. Beliau juga terkenal pada peringkat awal dalam kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan. Pernah menjadi sukarelawan sehingga ke Pakistan untuk membantu.


"Kemudian aktif dalam Bersatu sebagai Pengarah Strategi, bersama dalam Pakatan Harapan merangka rundingan dan manifesto semasa Pilihan Raya Umum 2018


"Saya mengalu alukan kehadiran beliau sebagai ahli KEADILAN yang baru," katanya.


Sementara itu dalam ucapan Dr Rais sebagai anggota baharu KEADILAN, beliau mengariskan 5 prinsip yang amat diyakininya menyebabkan beliau lebih memilih perjuangan KEADILAN ketika ini berbanding parti lain


"Saya mengucapkan terima kasih kerana menerima saya masuk KEADILAN. Perjuangan politik ada banyak platform. Bagi saya 5 prinsip amat penting (dalam perjuangan) pertama reformasi, keadilan, inklusif, progresif dan wasatiyah.


"Ini prinsip yang saya amat yakini ketika menubuhkan parti (Bersatu) sebelum ini pada 2015. Tetapi hari ini kita melihat untuk ke hadapan," katanya.


Dr Rias mengkritik keadaan ekonomi ketika ini yang katanya, menyebabkan rakyat mengikat perut


Tegas beliau, kerajaan perlu fokus kepada ekonomi rakyat berbanding perkara lain.


"Kos hidup sangat penting kita kena fokus, kos kesihatan yang mampu ditanggung, pendidikan berkualiti, pekerjaan dan perumahan.


"5 perkara ini yang kami buat kajian, rakyat mahukan perkara ini ditangani. Itu perkara pertama, lepas itu baru kita lihat reformasi seterusnya," kata beliau lagi.


Turut diumumkan menyertai KEADILAN adalah Mohd Jidee Yaakob yang pernah menganggotai Bersatu sebelum ini dan sebelum itu merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Bera, Pahang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page