top of page

Dr Mujahid gerakkan ziarah agawaman, aktivis masyarakat di T'ganu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 23, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Demi memperkukuh lagi tali persaudaraan bersama tokoh agama, akar umbi dan masyarakat di Terengganu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menyantuni tiga golongan itu semalam.


Menurut satu kenyataan, Dr Mujahid dalam sesi ziarah telah bertemu dengan Ustaz Zuliadin Abdullah di kediamannya di Rusila, Marang.


Menurut kenyataan itu, ziarah tersebut mencerminkan keprihatinan terhadap pemimpin agama tempatan dan usaha menyemarakkan ukhuwah sesama pendukung dakwah.


"Kemudian Dr Mujahid meluangkan masa menziarahi Wan Abd Mutalib Embong, bekas ADUN Pas Batu Buruk (1999-2004) yang juga merupakan figura penting dalam pembangunan politik negeri.

Mujahid (baju hitam) bersama Mutalib
Mujahid (baju hitam) bersama Mutalib

"Turut dilawati adalah Ustaz Hassan Salleh, seorang veteran Pas. Kehadiran beliau (Dr Mujahid) menzahirkan penghormatan kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan perjuangan Islam," kata kenyataan itu.


Seterusnya, mantan Menteri Agama itu turut mengadakan program dialog dan ramah mesra bersama ahli AMANAH Terengganu di Pejabat AMANAH negeri.


"Dialog berkenaan menjadi platform untuk memperkukuhkan solidariti parti dan membincangkan isu-isu semasa serta hala tuju politik Terengganu.


"Program ini memperlihatkan komitmen Dr Mujahid dalam memperjuangkan prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin melalui pendekatan santai tetapi penuh makna.


"Kehadiran beliau disambut baik oleh masyarakat setempat dan ahli parti, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan akar umbi AMANAH di Terengganu," ujar kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page