Dr Michael Teo Yu Keng menjadi antara ahli KEADILAN terawal yang disuntik vaksin Covid-19.
Naib Presiden KEADILAN Sabah dan Sarawak itu mempunyai tanggungjawab besar selepas menjadi satu-satunya Ahli Parlimen dari Sarawak yang mewakili KEADILAN setelah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng bertindak melompat parti.
Beliau berkata, beliau membuat keputusan untuk mengambil vaksin adalah supaya beliau boleh terus berkhidmat untuk rakyat terutamanya turun di lapangan dan membantu penduduk kawasan Parlimen Miri.
"Saya telah memutuskan untuk mengambil vaksin kerana saya mahu meneruskan usaha dan memenuhi tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen untuk berkhimat kepada rakyat terutamanya warga Miri.
"Terima kasih pejuang barisan hadapan covid-19!" katanya.
Sebanyak 23,400 dos vaksin selamat tiba di Sarawak pada 24 Februari lalu, dengan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg menjadi individu pertama dari negeri itu yang menerima suntikan vaksin.
Rakyat di negeri Sarawak juga menjadi antara paling ramai menerima dos pertama vaksin Covid-19 dengan mencatatkan jumlah penerima sebanyak 25,271 orang setakat ini.
Comments