Dr Maszlee Malik sangkal dakwaan terkait isu rasuah



Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang bertekad menyelamatkan maruah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terlibat dalam 'menyaksikan' beberapa himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki meletak jawatan atas kontroversi pembelian saham, menolak dirinya dikaitkan dengan sebarang isu korupsi.


Menurut Dr Maszlee, laporan yang disiarkan portal berita Malaysiakini mendakwa beliau terlibat rasuah adalah tidak benar sama sekali.


"Saya telah membaca laporan Malaysiakini bertarikh 30 Januari 2022 berhubung dakwaan rasuah melibatkan saya yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini.


"Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan," katanya.


Sehubungan itu, Dr Maszlee mengalu alukan siasatan ke atas beliau sekiranya dilakukan untuk mencari kebenaran.


Katanya, beliau tidak gentar kepada siasatan kerana tiada apa yang mahu disembunyikan berbanding sesetengah pihak.


"Saya mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.


"Hidup dan perjuangan saya adalah untuk memperjuangkan pendidikan, nasib OKU, nasib masyarakat miskin, kebajikan rakyat Simpang Renggam dan integriti bagi negara kita yang tercinta," katanya lagi.


Tidak jelas apakah motif tuduhan mengaitkan Dr Maszlee dengan praktik rasuah.


Bagaimanapun, sesetengah pemerhati politik mendakwa hal itu merupakan taktik untuk merosakkan kredibiliti mantan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ketika terdapat ura ura beliau akan diangkat sebagai calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER