top of page

Dr Maszlee lawat pusat mengundi, Akmal seru pengundi di KL ada masa lagi balik mengundi



Hari mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor berjalan tenang hari ini dengan cuaca baik pada sebelah pagi di seluruh negeri.


Menurut calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik yang melawat beberapa pusat mengundi, suasana pengundian yang berjalan lancar mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) diharap akan memberi dorongan kepada seluruh bangsa Johor untuk keluar beramai ramai mengundi dengan tidak terlalu memikirkan jangkitan Covid 19.

Bersama seorang pengundi veteran Tionghua

"Bersama isteri saya Dr Hamidah Mat, kami melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chin Chiang Renggam.


"Selamat mengundi rakyat Johor, tahniah kepada yang telah keluar mengundi. Anda telah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang bertanggungjawab," katanya.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir mengundi di DUN Larkin dan berharap agar calon di situ, Dr Zamil menang, yang akan bergandingan dengan beliau memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

dari KL ke Johor 4 jam, masih ada masa untuk undi

"Alhamdulillah, selesai jalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi di DUN Larkin. Saya mengundi di SK Larkin 1.


"Kepada yang layak mengundi, jangan lupa untuk turun mengundi. Yang masih ada di KL dan tempat lain, sempat lagi bawa kereta slow-slow balik Johor mengundi. Boleh mengundi sehingga jam 6 petang

"Demi masa depan kita," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page