top of page

Dr Maszlee calon DUN Layang Layang



Pengumuman calon KEADILAN bagi zon tengah Johor ditangguhkan, namun Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk mengumumkan terlebih dahulu satu nama yang boleh dianggap tokoh muda menyerlah, iaitu Dr Maszlee Malik.


Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam dicalonkan di DUN Layang Layang untuk membawa cabaran KEADILAN menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.


"Satu nama saya kena umum juga. Iaitu tokoh kita, dia muda. Dia dulu pensyarah Universiti Islam.


"Sebab kita nak tonjolkan Maszlee sebagai tokoh di negeri ini.


"Kita nak kerajaan Johor yang baharu ini (sekiranya menang), bangunkan Johor, jaga rakyat Johor, nelayan, pekerja, petani dan sebagainya. Kemudian kembangkan ekonomi itu (negeri) dengan kerjasama serantau Singapura, Linggi, Riau, Batam.


"Johor itu (Riau-Lingga) ada sejarah bersama rantau ini. Ini kita harapkan," katanya dalam majlis pengumuman calon yang diadakan di DUN Rengit, petang tadi.


Dalam ceramah itu juga Anwar mengingatkan sikap rakyat yang takut untuk membuat perubahan akhirnya menyusahkan masa hadapan mereka sendiri.


Katanya, mereka termakan hasutan kononnya jika undi Pakatan Harapan maka DAP akan menguasai kerajaan, sedangkan hal itu tidak pernah berlaku.


"Pemimpin silih berganti, menteri tukar, tanya orang nama menteri pun tak ingat. Kita yang tak ingat, elaun dia jalan, kerja tak laksana.


"Rakyat begitu lemah tak ada pendirian. Yang kita tahu takut. Mana tahu yang menang KEADILAN, atas dia DAP, DAP ada 'hantu raya' di atas. Itu yang ditanam dan sebahagiannya percaya.


"Takkanlah saya sanggup gadai prinsip setelah keluar penjara. Kena terajang, kena aib, tak munasabah. Saya anggap itu satu penghinaan. Ingat saya macam mereka kah? Bayar RM1juta terbaring. Bayar RM2 juta lompat.


"PRN ini masa depan kita, masa depan negeri," katanya.


Oleh itu, Anwar menyeru agar rakyat Johor bangkit dalam PRN kali ini beramai ramai membuat perubahan.


"Keperluan kita untuk bangkit. Seorang tak boleh, seribu tak boleh. Tetapi kalau rakyat ramai ramai bawa perubahan, boleh.


"Rakyat kena bangkit. Ada kekuatan dalaman. Bukan semangat tetapi kena fikir betul betul.


"60 tahun (BN berkuasa) sudahlah. Biar dia sibuk dengan mahkamah pula. Dulu giliran saya masuk keluar mahkamah, penjara," katanya sinis dan disambut gelak ketawa hadirin.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page