top of page

Dr Mahathir Rais sertai KEADILAN mampu perkukuh parti - Tze Tzin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 13
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Bekas Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais (gambar) yang kini menyertai KEADILAN diyakini mampu memperkukuh usaha parti dalam membawa reformasi menyeluruh demi masa depan negara lebih adil, makmur dan progresif.


Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, keyakinan itu berasaskan pengalaman luas serta idealisme Dr Mahathir yang berteraskan perjuangan menegakkan kebenaran dan integriti.


''Dr Mahathir merupakan seorang tokoh muda yang bergiat aktif dalam dunia politik dan advokasi keadilan sosial.


''Beliau pernah menjawat beberapa jawatan sebagai pegawai tugas-tugas khas (PTTK) kepada Menteri dan Timbalan Menteri dalam pentadbiran terdahulu.


''Beliau juga lantang bersuara dan merupakan columnist yang banyak menulis tentang isu ekonomi dan keadilan sosial, integriti dan tatakelola baik, dan wadah kepelbagaian kaum dan agama,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, KEADILAN sentiasa membuka pintu kepada semua rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama dalam perjuangan membina negara yang inklusif, progresif dan berteraskan keadilan untuk semua.


"Kami dengan penuh rasa hormat dan sukacita mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir ke dalam keluarga besar KEADILAN," ucap beliau.


Dr Mahathir dipetik berkata, keputusan penyertaan beliau ke dalam KEADILAN dibuat berasaskan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta hala tuju Kerajaan Perpaduan yang menekankan prinsip reformasi, keadilan sosial dan integriti pentadbiran.


Beliau menegaskan, dirinya bersedia untuk membantu dasar dan agenda pembangunan negara supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page