top of page

Dr Mahathir, Hadi buat Pakatan Ahzab - Khalid Samad



Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai berlangsung kelmarin disifatkan sebagai satu 'Kesepakatan Ahzab'.


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad berkata jelas pertemuan dua pemimpin itu dalam satu pakatan yang boleh menjatuhkan kerajaan.


"Pakatan ini bolehlah saya namakan 'Kesepakatan Ahzab' kerana kesepakatan untuk memporakperandakan negara dengan menjatuhkan kerajaan yang sah," katanya dipetik BH.


Terdahulu beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan sesi pertemuan di antara bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dengan Presiden Pas.


Turut dilihat menyertai Hj Hadi adalah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hasan dan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman.


Setiausaha Politik Dr Mahathir, Datuk Abu Bakar Yahya dalam hantaran di Facebook menyatakan Hj Hadi dan pemimpin Pas terbabit menandatangani menyokong proklamasi bangsa Melayu di hadapan Mahathir.


Sementara itu, Khalid menyelar sebarang percubaan menjatuhkan kerajaan yang tegasnya akan menyebabkan keyakinan pelabur terjejas sekaligus boleh merencat usaha dilaksana kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.


"Kumpulan itu tidak kisah kesan tindakan mereka kerana Kesepakatan Ahzab hanya mementingkan kuasa. Bila mereka berkuasa tempoh hari, tiada yang bermakna yang telah mereka berjaya usahakan.


"Namun, demi kepentingan bersama dan keinginan berkuasa, musuh kini menjadi kawan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page