top of page

Dr Lee Boon Chye Pengerusi Sementara MPN Perak



Mesyuarat di antara Presiden KEADILAN bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak petang tadi telah membuat beberapa ketetapan penting.


Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN tersebut telah bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye sebagai pemangku Pengerusi MPN Perak sehingga pemilihan parti diadakan.


"Mesyuarat telah memuktamadkan beberapa perkara antaranya melantik Dr Lee Boon Chye sebagai Pengerusi Sementara MPN Perak sehingga tamat pemilihan parti yang akan selesai pada akhir April 2022.


"Pelantikan Dr Lee yang juga Ketua Cabang Gopeng ini adalah bagi menggantikan saudara Farhash Wafa Salvador yang telah meletak jawatan sebagai Ketua Cabang Kuala Kangsar, dan ketetapan parti adalah untuk melantik Pengerusi MPN hanya di kalangan Ketua-ketua Cabang," katanya.


Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi MPN Perak kerana telah berjaya memantapkan KEADILAN negeri sejak dilantik pada 2019 lalu.


"Saya turut menyatakan penghargaan kepada saudara Farhash yang telah membantu memantapkan parti di Perak.


"Saya juga menasihatkan pimpinan Perak untuk terus fokus serta menumpukan segala usaha dan keringat terhadap memantapkan jentera parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum kelak," katanya lagi.


Pengerusi MPN Perak kosong apabila Farhash bertukar ke Cabang KEADILAN Gombak, Selangor dipercayai untuk bertanding di Cabang yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page