top of page

Dr Latiff - Zainab patut disiasat polis, bukan Atyrah - AMK



Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lebih mudah diselesaikan sekiranya pihak polis menjalankan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Latiff Ahmad dan Zainab Mohd Salleh yang nama mereka didakwa terkait dalam laporan forensik LCS.


Bagaimanapun, pihak polis didapati memanggil Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Atyrah Hanim yang membuat laporan polis ke atas skandal itu berulang kali untuk siasatan.


Bagi Ketua Penerangan AMK, Haziq Azfar Ishak, tindakan pihak polis berkenaan lebih bersifat intimidasi kepada diri pelapor serta membazirkan masa pegawai penyiasat.


"Hari ini Atyrah dipanggil buat kali kedua untuk memberikan keterangan berkaitan laporan polis yang dibuatnya, selepas pertama kali dipanggil memberikan keterangan pada hari yang sama laporan dibuat pada Isnin lepas.


"Tatkala banyak persoalan melibatkan kepentingan awam berbangkit, tindakan memanggil Atyrah berkali-kali sebagai pihak yang membuat laporan amat mendukacitakan dan merupakan pembaziran sumber serta masa, selain menghilangkan fokus sebenar siasatan terhadap individu yang terpalit dengan skandal penyelewengan LCS," kata Haziq dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, setakat ini terdapat sekurang-kurangnya lima laporan polis yang telah dibuat bagi menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuka siasatan terhadap skandal penyelewengan LCS, dan individu-individu yang disebutkan melalui pelbagai sumber termasuk Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Laporan Pengauditan Forensik dan siri pendedahan Sdr. Rafizi.


Namun, katanya pihak polis masih belum berbuat apa apa ke atas pihak yang dilaporkan.


"Soalan saya, berapa banyakkah laporan polis yang diperlukan oleh PDRM bagi membolehkan siasatan yang menyeluruh dilakukan ?


"Oleh yang demikian, AMK akan memobilisasi anggotanya di peringkat akar umbi untuk turut melakukan laporan polis terkait skandal penyelewengan LCS supaya pihak PDRM dan pihak berkuasa segera melakukan siasatan menyeluruh terhadap kandungan utama laporan polis berkenaan iaitu perkaitan Menteri Latiff Ahmad dan 'isterinya' dengan skandal penyelewengan LCS," katanya lagi.


Tegas Haziq, demi kepentingan awam PDRM seharusnya menyegerakan siasatan terhadap Latiff Ahmad dan Zainab yang dikaitkan dengan skandal LCS itu serta menghentikan sebarang intimidasi terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan hal berkenaan.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page