top of page

Dr Hafidzah saman MB Kelantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 5, 2023
  • 1 min read


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dilapor telah menyerahkan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.


Beliau yang juga Ketua Wanita Amanah Negeri Kelantan berkata, tindakan saman itu susulan Mohd Nassuruddin yang juga ADUN Meranti tidak membuat permohonan maaf sebagaimana dituntut berhubung kenyataan yang melabelkan beliau dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hasyim sebagai kumpulan yang menentang perjuangan Islam.


"Tempoh tujuh hari sudah berlalu, saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk melaksanakan tindakan seterusnya.

"Kita tunggulah...," katanya dipetik.


Sebelum itu Dr Hafidzah bersama Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor menjayakan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu.


Terdahulu Nassuruddin dalam satu rakaman video yang tular mendakwa kemenangan Pas dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam.


Pada kuliah agama di Medan Ilmu, Kota Bharu itu, dia turut menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN sebagai milik pihak yang “menentang perjuangan Islam”.


Kenyataan Massuruddin itu kemudian dikritik bekas ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan bahawa menentang Pas dalam pilihanraya bukan bererti melawan perjuangan Islam.


Tegasnya apabila konotasi 'lawan Islam' dijadikan asas pertembungan dalam politik, maka pertembungan pilihanraya bukan lagi menjadi saingan tetapi peperangan yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam.


Sementara itu, Dr Hafidzah ketika mengulas mengenai tindakan saman itu berkata, beliau bertegas demi menjaga maruah dirinya sendiri dan tidak rela diberi gelaran apa-apa yang tidak benar.


"Kita tak tidak mahu mana-mana pihak mengelirukan rakyat dengan tuduhan yang tidak benar," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page