top of page

Dr Fuziah, suami sahut seruan ‘Pass It Forward’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 3
  • 1 min read
Dr Fuziah dan suami memanjangkan bantuan SARA RM100 diterima mereka kepada golongan memerlukan
Dr Fuziah dan suami memanjangkan bantuan SARA RM100 diterima mereka kepada golongan memerlukan

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh menyahut seruan Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang menyeru pemimpin parti itu memanjangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 diterima mereka kepada golongan memerlukan.


Menerusi perkongsian di media sosial Dr Fuziah berkata, beliau bersama suami Profesor Dr Russly Rahman sempat menyertai program Beli & Derma Kotak SARA Rahmah yang dibawakan oleh MYDIN ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya.


"Inisiatif Mydin ini beri peluang untuk kita tukarkan bantuan tersebut menjadi sumbangan. Kita boleh salurkan bantuan itu kepada mereka yang lebih memerlukan. Rezeki yang dikongsi, insyaAllah jadi berkat bersama.


"Saya beli satu kotak dan suami saya juga turut membeli satu kotak menggunakan bantuan one-off SARA untuk disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan," kata Timbalan Menteri KPDN itu dipetik.


Julai lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 sekali bayar menerusi SARA kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun sebagai tanda penghargaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menyedari tidak semua golongan memerlukan sumbangan tersebut, Nurul Izzah dan Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari telah berpakat menggerakkan kempen memberi semula kepada masyarakat melalui inisiatif ‘Pass It Forward’.


Sementara program Kotak SARA Rahmah hasil kerjasama MYDIN dan KPDN memberi peluang orang ramai membeli kotak berisi keperluan asas untuk disalurkan kepada keluarga B40, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page