top of page

Dr Fuziah dilantik ahli jawatankuasa tetap ICAPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 20
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap bagi International Conference of Asian Political Parties (ICAPP).


Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, Dr Fuziah menegaskan bahawa pelantikannya ke dalam forum pelbagai parti politik yang terbesar di Asia itu sebagai amanah besar untuk terus memperkukuh suara Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Saya menerima pelantikan ini sebagai satu amanah yang membawa tanggungjawab besar untuk memperkukuh suara Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Usaha diplomasi politik seperti ini walaupun kelihatan jauh, sebenarnya memainkan peranan penting dalam membina keyakinan serta membuka ruang kerjasama, pelaburan dan manfaat kepada negara," katanya.


ICAPP mempromosi dialog, kerjasama dan pemahaman antara parti politik sekaligus memacu nilai kemanusiaan, keadilan sosial serta pembangunan mampan di rantau Asia.


Pelantikan beliau ke dalam kelompok pembuat keputusan tetap ICAPPitu disifatkan sebagai satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan Malaysia dan KEADILAN.


Sementara itu menurut Dr Fuziah, pada sesi Asian Cultural Council di bawah ICAPP yang berlangsung baru-baru ini, beliau telah menegaskan bahawa kepimpinan mesti berpaksikan nilai, kerana hanya dengan berpegang pada nilai amanah, hormat, kemanusiaan dan kelestarian, dasar yang digubal dapat benar-benar berpihak kepada rakyat.


"Inilah semangat Malaysia MADANI yang kita bawa — memastikan pembangunan bukan hanya tentang angka dan projek, tetapi tentang manusia, tentang kesejahteraan hidup rakyat," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page