top of page

Dr Dzulkefly ketuai delegasi Malaysia ke WHA78 di Geneva

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) yang berlangsung di Geneva, Switzerland hingga 22 Mei ini.


Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Dr Dzulkefly dijadual menyampaikan kenyataan negara pada sidang plenari, mengupas tema ‘Satu Dunia Demi Kesihatan’ serta usaha reformasi sistem kesihatan Malaysia.


"Malaysia akan membentangkan resolusi bersejarah bertajuk ‘Memperkasa dan Mengutamakan Pendekatan Bersepadu terhadap Kesihatan Paru-paru’, sebagai seruan global untuk memperkukuh pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit paru-paru.


"Sebagai Pengerusi ASEAN dalam sektor kesihatan, Dr Dzulkefly turut akan mengetengahkan pencapaian dan komitmen kesihatan serantau," kata kenyataan itu.


Kementerian itu turut memaklumkan, Malaysia turut menganjurkan acara sampingan bertajuk ‘Memperkasakan Liputan Kesihatan Sejagat bagi Kesihatan Mulut Menjelang 2030’, pada perhimpunan tersebut.


Ia sebagai platform memperkukuh kesihatan mulut dalam agenda Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).


"Dr Dzulkefly juga akan menghadiri beberapa acara sampingan dan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan dari China, Mesir dan Iran bagi membincangkan isu kesihatan bersama.


"Penyertaan Malaysia dalam WHA78 mencerminkan peranan proaktif negara dalam diplomasi kesihatan global, selari dengan aspirasi Malaysia Madani untuk sistem kesihatan yang lebih adil, inklusif dan berperikemanusiaan," tambah kenyataan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page