top of page

Dr Dzul Ziarah Hj Hadi: Akhlak Islam Atau Politik Dalaman Pas Yang Resah?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 21
  • 2 min read
DS Dr Dzul berbincang dengan doktor merawat Hj Hadi bagi menyediakan rawatan terbaik. Foto: FB Dr Dzul
DS Dr Dzul berbincang dengan doktor merawat Hj Hadi bagi menyediakan rawatan terbaik. Foto: FB Dr Dzul

Oleh: Syam Ghaz


Dalam Islam, ziarah orang sakit adalah sunnah yang dituntut, bukan sahaja kerana nilai kemanusiaan tetapi kerana ia disokong oleh hadis sahih, bahkan disebut sebagai hak sesama Muslim.


Maka apabila Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan daripada Kerajaan MADANI, menziarahi Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas di Institut Jantung Negara kita sangka semua pihak akan menyambutnya dengan doa dan syukur.


Namun… peliknya, ada segolongan kecil dalam Pas yang seolah-olah “tidak senang duduk” dengan kehadiran Dr Dzul. Persoalannya, kenapa?


1. Adakah Pas sedang menyembunyikan keadaan kesihatan Presidennya?


Kecoh dalam kalangan dalaman Pas bila ada pemimpin mula naik podcast, kempen terbuka pemilihan Pas kali ini, malah Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, kawasan keramat Hj Hadi sendiri.


Apakah ini petanda retak yang menanti belah? Dan adakah kesihatan Hj Hadi sengaja dirahsiakan supaya tiada desakan dalaman untuk beliau melepaskan jawatan presiden?


2. Adakah wujud perebutan kuasa yang cuba ‘jaga imej’ Presiden walau terpaksa sorok kesihatan?


Penulis - Syam Ghaz
Penulis - Syam Ghaz

Dalam politik, persepsi adalah kuasa. Bila pemimpin utama dilihat uzur, akan muncullah suara-suara dalaman yang mahukan transisi. Apakah itu yang ditakuti? Sehingga ziarah orang sakit pun mahu disekat?


3. Bukankah Islam suruh ziarah orang sakit? Kenapa pula mahu sekat?


Janganlah kerana politik, hukum agama diletakkan ke tepi. Bukankah Pas yang selama ini mengangkat slogan “Islam Memimpin”? Maka saya bawakan hadis yang sahih – bukan dari Menteri, tetapi dari Rasulullah SAW:


“Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain ada enam…”


Sahabat bertanya: “Apakah enam itu, ya Rasulullah?”


Sabda Nabi SAW:


“Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia…”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa lagi dalil yang mahu ditolak?


4. Lawatan Dr Dzul bukan lawatan politik – tetapi lambang akhlak.


Sebagai Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hadir bukan dengan lambang parti AMANAH ataupun Pakatan Harapan tetapi dengan akhlak Islam, atas dasar kemanusiaan dan ukhuwah. Bahkan Dr Dzul adalah sahabat lama kepada Tuan Guru Hadi Awang – pernah bersama dalam Pas Pusat dahulu.


Bukankah akhlak ini lebih mulia daripada mengintai kerusi Presiden atau menjadikan keuzuran seseorang sebagai bahan strategi perebutan kuasa?


5. Menteri datang, sokongan moral kepada doktor dan pesakit.


Bila Menteri Kesihatan hadir ke IJN, itu signal kuat kepada semua doktor doktor pakar dan kakitangan perubatan: “Lakukan yang terbaik untuk tokoh besar negara ini.” Ia bukan campur tangan, tapi penghormatan.


6. Pas tolak dalil, guna etika?


Selama ini Pas lantang guna dalil. Tapi kali ini ada yang mula cakap “etika politik”. Maka biar saya ulang dalil hadis agar kita semua ingat:


Rasulullah SAW bersabda:


“Tidaklah seorang Muslim menjenguk saudaranya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya hingga petang…”


(Riwayat at-Tirmizi – sahih)


Pas patut malu jika ziarah orang sakit pun mahu dijadikan isu politik.


Ziarah ini adalah ibrah untuk semua, bahawa politik tidak boleh membatalkan adab dan akhlak Islam. Jangan jadikan kesihatan Hadi Awang sebagai alat perbalahan puak dalaman Pas yang kini mula terdedah.


Kalau benar Hadi Awang itu tokoh besar Islam, maka apa salahnya beliau diziarahi dengan penuh hormat oleh seorang Menteri yang juga pernah duduk bersamanya dalam perjuangan Pas dulu?.


Ini bukan soal parti. Ini soal perikemanusiaan. Ini soal tuntutan agama.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page