top of page

DPIM sambut baik hasrat PM wujudkan Wakaf Madani




Hasrat kerajaan untuk melaksanakan inisiatif Wakaf Madani seperti yang dibentangkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 disambut baik Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).


Presidennya, Mohammad Sahar Mat Din dalam satu kenyataan berpandangan wakaf berupaya menjadi sektor ketiga ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta pada masa akan datang.


Namun jelasnya, bagi menjayakan usaha yang mahu dibawa kerajaan itu, pendekatan wakaf yang selama ini hanya tertumpu dalam bidang hal ehwal keagamaan seperti pembinaan masjid, surau, sekolah-sekolah agama dan tanah perkuburan wajar diberi nafas baru termasuk melalui penjanaan ekonomi atau perniagaan strategik

"Bagi menjayakan agenda tersebut, kerajaan disaran mengaplikasi model wakaf korporat yang telah terbukti mampu mengubah kaedah pemilikan harta kekayaan daripada pegangan individu dan kerajaan kepada pegangan institusi wakaf kesenjangan (jurang) ekonomi.


"Tanggungjawab utama Kerajaan Perpaduan yang inklusif pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya meletakkan perancangan khusus pelan jangka masa panjang yang komprehensif menumpukan kepada membaiki krisis permasalahan yang telah lama berlarutan dan berpanjangan ini.


"Keperluan pendekatan serta naratif Ekonomi Manusiawi yang dicambahkan sendiri oleh Perdana Menteri sebelum ini, berakarkan prinsip karamah insaniah (kemuliaan insan) yang kolektif, holistik dan islamik, perlu bagi menghadapi krisis yang menuntut penyelesaian segera kerana hanya kepimpinan yang kompeten dan inovatif serta membawa keberanian reformasi institusi berupaya membawa perubahan politik yang diperlukan,” katanya.


Pada pembentangan Belanjawan 2023 minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan kerajaan akan mewujudkan Wakaf Madani dengan aset bernilai RM1 bilion.


Menurut Anwar, aset terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan serta pendidikan itu akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.


Sementara itu, Mohammad Sahar memberitahu bagi menjayakan inisiatif Wakaf Madani itu beberapa institusi wakaf korporat bersedia berkongsi idea dan kepakaran mereka.


Antaranya kata beliau, AWQAF Holdings Berhad, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan juga Waqaf Felda yang mempunyai kombinasi jumlah nilai aset dan nilai pasaran melebihi RM1 bilion.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page