top of page

Dosa tidak mengundi kerana tunai haji : Jangan kelirukan orang Islam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 24, 2022
  • 2 min read


Kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi ditempelak pemimpin KEADILAN Terengganu Azan Ismail


Azan yang merupakan ADUN Bandar itu berkata, Hadi sepatutnya tidak terhad komen kepada isu berdosa tidak mengundi. Sebaliknya perlu menjawab isu pengundi dipaksa bersumpah dengan nama Allah dan diberi duit untuk mengundi Pas – PN dalam pilihanraya lalu.


"Hadi kena jawab dahulu mana yang lebih berdosa antara jemaah haji atau umrah tidak mengundi, atau guna sumpah dengan nama Allah dan kemudian dapat duit untuk Pas raih undi.


"Mana yang lebih mustahak besar dosanya kerana isu ini melibatkan penyelewengan akidah umat Islam.


"Hadi kena buat penjelasan kepada rakyat Malaysia kerana ia perbuatan rasuah pengundi, dan jauh lebih besar mudaratnya,” kata Azan dipetik.


Beliau mengulas rakaman video tular ketika kempen pilihan raya lalu yang menunjukkan beberapa individu didakwa diminta bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka mengundi Pas.


Dalam rakaman berkenaan individu yang bersumpah kemudian diberikan bayaran tambang perjalanan pulang mengundi. Pas walau bagaimanapun kemudian menafikan terlibat.


Terdahulu Abdul Hadi memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.


Kenyataannya Naib Presiden Perikatan Nasional itu yang dimulai dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan “berjuang” serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain dipetik dari laporan media antara lain berbunyi “Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan,"


Isu berkenaan menjadi polemik di media sosial dan terdapat ilmuan Islam mengulas bahawa Hj Hadi tersasar apabila menyamakan tugas mengundi parti politik yang merupakan perkara ijtihad siasah, dianggap sama dengan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w berperang melawan orang kafir, yang membenarkan tangguh menunaikan ibadah haji.

Lanjutan daripada isu dosa tidak mengundi kerana menunaikan haji itu, Azan menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan pendapat mahupun mengambil tindakan di atas kenyataan-kenyataan Presiden PAS itu yang dianggap keterlaluan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page