Dos ketiga vaksin: PH sokong tetapi kerajaan belum ada strategi elak kelemahan lama



Pakatan Harapan (PH) menyokong usaha kerajaan untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid 19 atau dos penggalak kepada golongan tertentu.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Kesihatan PH, dos ketiga perlu terutama bagi mereka yang daya ketahanan berkompromi, warga emas berkomobiditi, petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan yang berisiko tinggi.


Bagaimanapun, kata mereka, Kerajaan Persekutuan harus menetapkan kriteria dan strategi implementasi yang jelas untuk memastikan kelancaran, terutamanya apabila dijangkakan 8.75 juta rakyat yang akan menerima dos ketiga atau dos penggalak tersebut.


"Oleh itu program pelancaran haruslah dirancang dengan teratur, spesifik dan dikoordinasi dengan baik di kalangan semua yang terlibat termasuk Pengamal Am swasta yang ditugas untuk mengendalikan suntikan penggalak bagi semua petugas barisan hadapan dan

wargamas.


"Namun, kita harus berhati-hati dengan kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan belum terdapat penglibatan yang betul dari Jabatan Kesihatan Negeri yang masih sepi dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.


"Hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari dari kesilapan lepas termasuk penglibatan Pengamal Am swasta pada minit-minit terakhir," ujar kenyataan tersebut.


Sehubungan itu, Jawatankuasa Kesihatan PH mahu Kementerian Kesihatan menjelaskan strategi mereka, terutama jangka masa implementasi ke seluruh negara; definisi dan kategori yang jelas kelayakan untuk dos ketiga dan suntikan penggalak; strategi usaha mendidik kepentingan dos tambahan dan memastikan tiada yang ketinggalan; melibatkan Pengamal Am di peringkat awal dan menyediakan strategi pelancaran yang jelas memastikan program berjalan pantas dan meluluskan vaksin heterologi dengan dos penggalak secepat mungkin, berdasarkan kepada data global yang nyata.


"Kami berpendirian Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) harus meluluskan segera suntikan vaksin heterologi dengan dos penggalak.


"Usaha-usaha klinikal menunjukkan keputusan-keputusan yang menyakinkan termasuk kajian-kajian yang dijalankan di Jerman, Sepanyol, Taiwan, Sweden dan United Kingdom dalam “Kesan dari Imunisasi Heterologi dengan Penggalak Utama Vaksin Covid-19 terhadap

SARS-Cov-2”.


"Mereka menunjukkan keputusan-keputusan yang positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi. Rejimen penggalak utama heterologi dengan vektor adenovirus juga penambahbaikkan respon-respon ‘Th1-biased T cell’.


"Dengan itu, kami mengulang semula seruan supaya diadakan strategi yang jelas dan komprehensif berdasarkan pada sains dan data untuk memberi perlindungan dan mendorong respon imuniti yang lebih besar melindungi golongan berisiko tinggi terutamanya dalam keadaan antibodi imun mereka makin berkurangan," kata mereka lagi.


Dos penggalak diperlukan kerana terdapat individu yang ‘immunosuppressed’ yang tidak memberi respon terhadap dua dos vaksin, dan juga para petugas dalam situasi yang mendedahkan mereka kepada virus yang berlebihan dan membebankan kadar imuniti mereka.


Selain itu, dari 28 September hingga 11 Oktober lalu, terdapat lebih kurang 55.6 % atau 76,186 daripada 137,109 kes-kes Covid-19 di Malaysia adalah dari kalangan yang lengkap vaksin.


Kadar kes-kes Covid-19 yang lengkap vaksin bertambah dari 51% pada 28 September kepada 60% pada 11 Oktober. Pada jangka masa yang sama, 77% daripada 23,864 kes Covid-19 di Sarawak adalah dari kalangan yang telah lengkap vaksin.


Lebih daripada 50% kes-kes baru ini dilaporkan di Labuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Perlis dan Pulau Pinang.


Kebanyakan daripada infeksi-infeksi baru ini adalah dari kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dengan kadar imunisasi berkurangan, ‘immunosuppression’, dan bergejala kesihatan yang sedia ada.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER