top of page

Dominique Ng dilantik Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Nov 29, 2021
1 min read

Dominique Ng dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) KEADILAN berkuat kuasa 1 Disember ini, bagi menghadapi PRN Sarawak.


Sekretariat KEADILAN Sarawak itu berkata, majlis pimpinan negeri membuat pelantikan itu pada 27 November lalu.


“Pelantikan beliau adalah kerana pengalamannya yang luas dan lebih-lebih lagi beliau telah memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini.


“Ini bermakna beliau boleh memberi tumpuan kepada tugas besar ini untuk memastikan calon PKR menang,” katanya dalam kenyataan.


Dominique merupakan Pengerusi KEADILAN Bandar Kuching.


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan itu sebelum ini dilaporkan berkata, anak perempuannya Cherishe Ng akan menjadi calon KEADILAN di Batu Lintang.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page