top of page

Dokumen RMKe-12 diserahkan kepada Perdana Menteri



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilapor telah menyerahkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) kepada Perdana Menteri pada Jumaat.


Sesi serahan dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Menteri itu merupakan simbol sempurnanya sesi penyediaan dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12.


Seterusnya, kementerian akan membentangkan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni tersebut kepada Perdana Menteri pada 11 September 2023.


"Penyediaan dokumen ini telah mengambil masa hampir setahun untuk diselesaikan dan melibatkan penyertaan semua pemegang taruh yang terdiri daripada kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta, badan antarabangsa, ahli-ahli akademik, badan pertubuhan sivil dan orang awam," kata kementerian melalui satu hantaran di Facebook.


Hadir sama pada sesi serahan dokumen tersebut ialah Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib; Ketua Setiausaha, Datuk Nor Azmie Diron dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr Zunika Mohamed.


Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dari 2021-2025 disediakan bagi mengukur pencapaian sasaran untuk tempoh dua tahun pertama serta menghadapi cabaran-cabaran getir yang menjejaskan aspirasi RMKe-12.


Penyediaan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 akan merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi mencapai matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan beraspirasikan kepada wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page