top of page

Dokumen pengenalan diri tunggal atasi isu pelarian Filipina di Sabah



Kerajaan memandang serius isu berkaitan pelarian Filipina di Sabah yang sudah berlarutan sejak 1970-an.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, dianggarkan bilangan mereka kini mencecah 136,055 orang dan satu langkah perlu diambil bagi mengurus golongan itu.


Justeru Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Menteri Sabah dan Menteri Dalam Negeri manakala di peringkat Jawatankuasa Teknikal pula dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Menteri Dalam Negeri bercadang memperkenal dokumen pengenalan diri tunggal bagi tujuan itu.


"Jawatankuasa ini bertindak sebagai platform untuk meneliti dan merancang hala tuju pelarian Filipina di Sabah.


"Jawatankuasa juga mengesyorkan agar pendataan semula dibuat terhadap mereka merangkumi pengambilan biometrik dan gambar untuk simpanan profil mereka yang terkini dan teratur. Ini membolehkan kedudukan dan status mereka juga dikesan semula.


"Jawatankuasa ini juga memutuskan supaya satu dokumen pengenalan diri tunggal diaplikasikan bagi memudahkan pengurusan pelarian Filipina di Sabah pada masa hadapan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.


Dr Zaliha sebelumnya menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) yang meminta Perdana Menteri menyatakan berapa bilangan serta apakah masa depan kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang sudah berada di Sabah sejak awal 70-an.

Mengulas lanjut beliau berkata, jumlah pelarian dikenal pasti melalui data semak silang antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sabah serta Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Pejabat Ketua Menteri Sabah.


Daripada jumlah itu, seramai 51,645 orang pelarian memegang dokumen IMM13, manakala 47,518 orang memegang Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan 36,892 orang lagi memegang dokumen Resit Pengenalan Sementara Jabatan Ketua Menteri.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page