top of page

Dokumen kajian RMKe-12 wujud cadangan atasi masalah ekonomi



Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang bakal dibentang di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri pada Isnin ini bakal merangkumi 17 anjakan dasar selaras dengan situasi ekonomi semasa.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.


"Kita selalu bercakap tentang negara terperangkap seperti (keadaan) ekonomi lemah, nilai rendah serta pergantungan kepada pekerja asing dan masalah ini berulang-ulang dan dasar yang digunakan sebelum ini ialah dasar yang pada pandangan saya tidak cukup radikal.

"Oleh itu, anjakan (yang bakal dibentang) adalah pendekatan yang radikal yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi setiap masalah-masalah utama dalam struktur ekonomi negara kita," katanya dipetik

Rafizi ketika mengulas lanjut mengenai kajian itu menambah, anjakan tersebut juga akan diselaraskan bukan semata-mata mengikut kehendak Kerajaan Persekutuan tetapi mengambil kira padangan semua pemegang taruh.


Ia turut mengambil kira kepada kemampuan kewangan negara, ketersediaan kemahiran serta penerimaan rakyat Malaysia.


"Pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga adalah merupakan salah satu anjakan besar yang telah kerajaan laksanakan sebelum pembentangan KSP. Dan melihat kepada kerja rumah yang dilakukan Kementerian Ekonomi dan pihak terlibat adalah cukup baik dari segi penerimaannya.


"Kita ada iltizam yang besar untuk berubah kerana masalah ini berlarutan lama dan mandat yang ada ini sebaiknya diteruskan dengan pembaharuan radikal.


"Kalau pun ada yang mungkin tidak selesa, saya yakin selepas dua dan tiga tahun kita boleh lihat kesannya dan industri serta orang ramai akan memahami dan menerima ajakan ini," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page