top of page

Doktor pelatih meinggal dunia: Tekanan kerja berlebihan perlu disiasat - Fahmi Zainol



Kematian doktor pelatih yang bekerja di Hospital Pulau Pinang perlu penyiasatan menyeluruh terutama dalam aspek tekanan kerja berlebihan.


Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Fahmi Zainol berkata, hal itu perlu diselesaikan secara tuntas kerana tahun lalu seorang doktor pelatih turut mengalami nasib yang sama.


"Ini adalah kematian kedua dalam masa dua tahun melibatkan doktor pelatih.


"Dua tahun lepas, seorang doktor pelatih dari hospital yang sama turut meninggal dunia secara ‘tiba-tiba’ selepas meletakkan jawatan.


"Kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan berkaitan kes ini.


"Apa yang perlu diberikan perhatian serius daripada laporan porat The Vibes ini bahawa ada doktor di sana mengatakan budaya kerja yang tidak sihat dipercayai membawa kepada kejadian seperti ini," katanya.


Bagi Ketua AMK Pulau Pinang itu, budaya kerja yang menekan doktor pelatih bukanlah baharu cuma kerajaan BN sebelum ini enggan mencari jalan penyelesaian yang muktamad.


Beliau berharap Menteri Kesihatan akan menemukan solusi untuk perkara berkenaan.


"Kisah tekanan berlebihan yang dihadapi doktor pelatih bukan isu baharu. Seperti kumpulan-kumpulan profesional yang baru memasuki industri, doktor pelatih harusnya diberikan galakkan dan panduan untuk berkhidmat.


"Suasana pekerjaan yang toksik dan tekanan yang melampau berkemungkinan akan membawa malapetaka kepada doktor pelatih yang rata-ratanya merupakan segmen anak muda yang baru sahaja memulakan kehidupan berkejaya dan seharusnya tidak berlaku.


"Saya berharap Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil perhatian isu ini. Semoga peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page