top of page

DNB, Cybersecurity Malaysia antara dipindah ke Kementerian Digital



Digital Nasional Bhd (DNB) yang merupakan syarikat tunggal mengendalikan spektrum 5G negara dipindahkan ke Kementerian Digital.


Perkara itu dinyatakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil sebagai mengulas rombakan Jemaah Menteri bulan lalu yang menyaksikan Kementerian Komunikasi dan Digital dibahagikan kepada dua, dengan beliau menerajui Kementerian Komunikasi manakala Gobind Singh Deo memimpin Kementerian Digital.


Bercakap pada satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, Fahmi turut memaklumkan Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Cybersecurity Malaysia juga dipindahkan ke Kementerian Digital.


"Sukacita saya maklumkan beberapa keputusan telah diambil hari ini (Rabu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kekal bersama Kementerian Komunikasi (manakala) MAMPU, MDEC, DNB, Cybersecurity Malaysia dipindahkan Kementerian Digital.


"Sebelum ini, Cybersecurity dimaklumkan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) tetapi Perdana Menteri telah setuju aspek korporat kerja-kerja berkaitan syarikat swasta diboleh teruskan dan sesuai diletakkan di bawah Kementerian Digital, cuma perlu ada sedikit penjenamaan agar tidak perlu salah faham aspek keselamatan siber," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, Fahmi berkata, MIMOS Berhad yang dipindahkan ke Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini kembali ke JPM.


"Berkenaan dengan Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) ada perbincangan yang akan diadakan selepas Menteri Perpaduan Negara dapat maklum balas orang ramai dan juga pihak berkepentingan, dan Perdana Menteri setuju untuk bincang semula. Untuk MITRA, akan dibincangkan kemudian," jelasnya.


Perdana menteri semasa majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu berkata Kementerian Digital diwujudkan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan pantas transformasi digital.


Malaysia jelasnya tidak akan mampu bersaing dengan pantas tanpa memberi fokus dalam bidang tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page