top of page

Dividen KWSP tinggi: AMK P Pinang seru PN henti kritik dasar ekonomi kerajaan



Oleh: Abdullah Zaid


Kadar dividen diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi simpanan syariah sebagai antara yang paling tinggi setakat ini menterjemahkan prestasi cemerlang Kerajaan Madani.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf tampil mempersoal apakah yang dilakukan Perikatan Nasional (PN) sewaktu menjadi kerajaan Melayu - Islam pada 2020 - 2022 dalam meningkatkan kadar dividen caruman simpanan pekerja muslim.


Selain itu, katanya, blok pembangkang selepas tidak menjadi kerajaan hanya mendesak membenarkan pengeluaran caruman KWSP biarpun ekonomi rakyat semakin pulih pasca pandemik Covid 19.


"Kejayaan KWSP meningkatkan pulangan dividen kepada pencarum (syariah) merupakan kejayaan Kerajaan Madani yang banyak melaksana dasar-dasar baharu.


"Namun jika kita lihat semula apa yang dibuat oleh pembangkang, mereka hanya mendesak kerajaan mengeluarkan caruman KWSP tanpa memikirkan kesan itu akan memberi impak buruk kepada pekerja dalam jangka masa pendek dan panjang," katanya kepada Suara Keadilan.


Perbandingan kadar dividen syariah KWSP sepanjang 7 tahun lalu

Malah menurut Abshar, peranan pembangkang yang berfungsi menjadi semak dan imbang kepada kerajaan sepatutnya tidak boleh mengejar populariti dan memainkan isu isu sensasi semata-mata.


"Saya nampak mentaliti pembangkang ini hanya mahukan populariti (meluluskan pengeluaran KWSP) tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang kepada pencarum yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.


"Sepatutnya apa yang mereka perlu lakukan ialah memberi cadangan cadangan membangun dan bernas (ke atas pelaburan KWSP), bukan hanya bersandiwara sahaja," ujarnya lagi.


Terdahulu, KWSP mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2023.


Kadar itu lebih tinggi berbanding 2022 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page