top of page

Dividen ASB 5.25 sen seunit, libat agihan RM9.3 bilion



Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.


PNB dalam kenyataan semalam berkata jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit melibatkan keseluruhan pengagihan sebanyak RM9.3 bilion ini untuk manfaat 10.8 juta pemegang unit ASB.


Jumlah itu lebih tinggi berbanding agihan pendapatan tahun lalu iaitu 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.


"ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.


"Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan Bumiputera dalam perancangan kewangan mereka," kata kenyataan itu.


Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata meskipun keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.


"Oleh itu, orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang dan masa depan yang terjamin. Kami mengiktiraf kepentingan memperjuangkan agenda celik kewangan dan berpandukan matlamat kami yang diperbaharui baru-baru ini – ‘Untuk Mengukuh Kedudukan Kewangan Rakyat Malaysia, Merentas Generasi’, kami komited untuk berkhidmat kepada pemegang unit kami dan memberikan hasil yang kompetitif," katanya.


Jelas Raja Arshad pada tahun ini, PNB menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober lalu berbanding 15.2 juta tahun lepas.


"Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui kajian daripada 2023 RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan mereka sebagai pilihan pelaburan paling popular,” tambah beliau.


Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platform digital dan perbankan internet akan ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 25 Disember ini.


Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menyimpan yang membolehkan transaksi pelaburan tunai tambahan dalam ASB bermula 26 Disember 2023.


Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024 membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai 4 Januari 2024.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page