top of page

Dividen ASB 4.25 sen seunit 2020, di bawah PH lebih baik



Parti-parti yang mengkritik dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) rendah sekitar 5.00 sen pada tahun lalu seharusnya tidak berdiam diri terhadap dividen ASB tahun ini yang sekitar 4.25 sen sahaja.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, dividen yang diberikan pada tahun 2019 sekitar 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen jauh lebih tinggi namun dikritik oleh parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional yang ketika itu masih pembangkang.


"Saya pasti pihak yang mempolitikkan isu dividen lebih tinggi tahun lepas akan diam membisu memandangkan mereka kini menguasai Kerajaan Persekutuan.


"Tahun lepas saya turut mengesyorkan supaya ASB mengguna pakai sistem dividen bertingkat agar pemegang unit dalam kumpulan B40 dan M40 diberi dividen yang lebih tinggi berbanding pemegang unit T20," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nik Nazmi lagi, sistem dividen bertingkat perlu memandangkan hampir 80 peratus (7.4 juta) pemegang unit ASB mempunyai unit bernilai kurang RM5,000 pada 2018. Peratusan yang kecil, sebanyak 0.24 peratus mempunyai RM500,001 dan ke atas.


Sedangkan pemegang unit ASB yang dalam kalangan B40 dan hanya mempunyai RM4.1 bilion manakala 9.15 peratus teratas mempunyai RM127.5 bilion dalam dana unit amanah.


Oleh itu, katanya, sementara pekali Gini nasional (ukuran ketidaksamaan) telah bertambah baik dari 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.399 pada 2016, pekali Gini di ASB adalah 0.84 atau sangat tidak sama rata.


"Alhamdulillah, pada tahun ini ASB memberikan ehsan 0.75 sen kepada 30,000 unit pertama yang menjurus ke arah dividen bertingkat.


"Pendekatan ASB selama ini relevan ketika penubuhannya dahulu tetapi perlu ada penyesuaian agar penerima manfaat terbesar adalah golongan Bumiputera B40 dan M40.


"Namun saya merasakan sudah tiba masanya untuk PNB menjadikan pemberian dividen bertingkat yang mengutamakan akaun B40 dan M40 sebagai dasar tetap. Kumpulan Wang Simpanan Pusat Singapura (CPF) ketika ini beroperasi mengikut mekanisme sama," katanya.


Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN itu juga beranggapan isu-isu seperti dividen ASB dan hibah Tabung Haji harus dilihat secara rasional dan objektif, bukan dengan matlamat membakar emosi kaum dan agama untuk kepentingan politik sebagaimana diamalkan Umno dan Pas sejak 2 tahun lalu.


Katanya, kedua-dua institusi PNB dan Tabung Haji memberi sumbangan besar dalam tabungan dan pelaburan masyarakat Islam dan Bumiputera di Malaysia. Kedua-duanya harus kekal relevan bagi memenuhi matlamat sosial mereka yang menjadi asas penubuhan tabung-tabung amanah berkenaan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page