top of page

Diskaun harga Rahmah, bantu rakyat sambut raya dengan ceria



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Semakin hampir syawal semakin bertambah usaha Kerajaan Madani meringankan bebanan rakyat yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain memberi pelbagai bantuan kewangan, sagu hati raya kepada golongan sasar - pelbagai insentif lain turut dilaksanakan oleh Kerajaan Madani bagi menceriakan sambutan hari lebaran.


Bantuan turut melibatkan kementerian-kementerian Kerajaan Madani.


Terkini bagi memastikan rakyat dapat membeli barang keperluan dengan harga rendah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Jualan Rahmah (PJR) Aidil Fitri di seluruh negara bermula 4 hingga 9 April ini.


Meringankan beban hidup rakyat


Program Jualan Rahmah ini adalah langkah memperluaskan lagi Agenda Payung Rahmah Madani kendalian KPDN yang bermatlamat meringankan beban hidup rakyat khasnya golongan sasar.


Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.


Katanya, selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya.


"Pelaksanaan PJR Aidilfitri ini akan melibatkan sebanyak 302 lokasi berjadual di seluruh negara," ujarnya.


Armizan menambah, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, KPDN juga telah melaksanakan PJR Ramadan di 452 lokasi di seluruh negara bermula pada 12 Mac hingga 3 April 2024 lalu.


'Kejayaan mewujudkan 452 PJR Ramadan itu melepasi matlamat awal sebanyak 450 siri yang disasarkan," jelas beliau.


Dengan pelaksanaan PHR Ramadan dan Aidil Fitri ini, ia adalah bukti nyata bahawa Kerajaan Madani sentiasa mengambil berat dan prihatin dengan kehidupan rakyat, terutama di musim perayaan.


Harga murah


Hakikatnya, tiada alasan lagi rakyat mengeluh untuk membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah khususnya dalam membuat persiapan berbuka puasa di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Untuk mendapatkan harga berbaloi rajin-rajinlah turun ke jualan PRJ di kawasan masing-masing bagi mendapat barangan keperluan yang ditawarkan.


Dengan adanya jualan rahmah dengan diskaun hebat, semua boleh bergembira di Hari Raya mengikut kemampuan masing-masing.


Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan lokasi pelaksanaan PJR Aidilfitri itu, ia boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah

___________________________________________________________________________+

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page